Trading dan Investasi

ad1

Iklan Gratis

Sup kepala ikan jenahak

Sup kepala ikan jenahak


 

Bahan-bahan:

1 keping kepala ikan merah
1-2 biji bawang merah – hiris atau tumbuk
2-3 ulas bawang putih – hiris atau tumbuk
Halia secukupnya – hiris atau tumbuk
1 sudu makan rempah sup 
1 batang serai – titik
Akar ketumbar
1 uncang sup bunjut 
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Kentang/ carrot
Batang Saderi
Daun sup/daun ketumbar/daun bawang
1 sudu makan minyak zaitun / minyak masak

 

Cara:

1.Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga keperangan.
2. Kemudian masukkan rempah sup. Tumis seketika.
3. Tambahkan serai, akar ketumbar dan juga sup bunjut. Masukkan air secukupnya juga kentang dan carrot
4. Bila air mereneh, masukkan ikan.
5. Bila ikan sudah hampir masak, masukkan garam secukup rasa.
6. Tambahkan batang saderi. Masak seketika.
7. Tabur daun sup, daun ketumbar atau daun bawang ikut cita rasa. Sedia untuk dihidang.

 


Asam rebus batang keladi

Asam rebus batang keladi

 sayur ni kak rose masak untuk kami adik beradik masa rewang kenduri kat kampung minggu lepas... bila masak banyak2 ni memang gabra sikit lah tuan tanah ni, tapi Alhamdulillah ramai yang kata sedap. tu pun dah cukup untuk hilangkan nervous ni...

berulang kali jugak browse resepi cik google ni, so kita adunkan mana yang rasa sedap untuk anak tekak lah kan.. ada resepi yang letak serai dan ada yang tak de.. pepandai lah kita adjustkan...
bahan2 yang dah di blend, instead guna belacan kak rose tukarkan guna kiub ikan bilis..
tu dia.... daripada seperiuik besar batang keladi yang mentah, jadi tinggal segini jer bila dah masak.
 
batang keladi yang fresh dari kebun adik, risau jugak pada mulanya takut gatal bila nak siang ni.. berlapis2 sarung tangan masa siang dan membasuhnya.... dan yang penting selawat banyak2 agar semua dipermudahkan... jom tengok resepi nya, dari blog Suria Amanda sebagai panduan dan kak rose gandakan bahan2 sebab masak banyak.  terima kasih ya...

RESEPI BATANG KELADI MASAK ASAM REBUS

Bahan-bahannya: 

  1. Batang keladi yang telah disiat kulit dan dipotong-potong 
  2. 3 batang cili merah 
  3. 5 biji bawang kecil 
  4. 1 biji bawang putih 
  5. 1/2 genggam ikan bilis 
  6. sedikit belacan (kak rose guna kiub ikan bilis)
  7. secekak daun kesum 
  8. air asam jawa garam, (kak rose guna asam keping)
  9. gula dan perasa secukupnya

Cara-caranya:

  1. Celur batang keladi tadi hingga separa masak. Tos dan ketepikan.
  2. Kisar lada merah, bawang kecil, bawang putih, ikan bilis dan belacan tetapi jangan sampai lumat. Kalau larat tumbuk lagi sedap.
  3. Masukkan bahan kisar, asam gelugur, daun kesum dan serai ke dalam kuali atau periuk. 
  4. Tambah sedikit air dan biarkan mendidih
  5. Perasakan dengan garam dan gula denagn secukup rasa. 
  6. Biarkan mereneh seketika. 
  7. Tutup api


Asik rotiiiii jer!

Asik rotiiiii jer!

 Ini lah sarapan kami almost hari hari... sesekali kalau rajin atau kehabisan roti baru lah ada yang lain.buah kena lah sentiasa ada.... apa saja buah pun jadi, asalkan ada dalam stok.. kita ni jenis tak rajin nak sarapan kat luar, so siapkan jer apa yang ada. Alhamdulillah dengan rezeki Allah








 


Kerutup daging

Kerutup daging

 Ada kala rajin, maka berupdate lah dapo maya kak rose ni...


Kerutuk Daging

Bahan bahan:
1 kg daging
3 sudu besar rempah kerutuk
1 keping asam keping
1 kotak santan kotak 
1 sudu besar kerisik
½ keping gula Melaka
Garam
Kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga

Bahan kisar:
1 ½ biji bawang besar
3-4 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara cara:
Panaskan minyak yang banyak sesuai dengan bahan kisar. Tumis bahan kisar dan rempah penumis sehingga naik bau. 
Masukkan rempah kerutuk dan kacau rata dengan cepat supaya tidak hangit. 
 
Masukkan sedikit air dan kacau sehingga rempah masak dan terbit minyak. Setelah terbit minyak, masukkan daging dan kacau sehingga air daging kering.

Masukkan santan yang dicampurkan dengan air secukupnya. Masak sehingga mendidih. Nota: lebih sedap jika menggunakan santan segar pekat.

Masukkan gula melaka, garam, asam keping dan kerisik secukupnya. Nota: kuah kerutuk sedikit pekat dan mesti menpunya lebih rasa manis berbanding rasa masam dan masin. 

Masak sehingga daging empuk dan kuah terbit minyak.
 

 


Hadiah untuk tukang dapo..

Hadiah untuk tukang dapo..

 Tukang dapo, dapat kuali pun dah happy sangat kan.....




tapi tu lah... nak guna tu entah bila lah agaknya... bila tukang makan tak berapa nak ada, jadi tukang masak pun tak lah rajin nak ke dapo kan...
 


Lama tak ke sini...

Lama tak ke sini...

 ya lah... lama sungguh tak singgah makan kat lanai kijang ni...

so ini kisah minggu lepas, on de way balik dari Keramat, kami pun decide nak singgah lunch kat sini.. minum juice tembikai less ice dan teh tarik untuk en asben..
sesekali tukar lah dari makan nasik kan...meatball pasta untuk kak rose
nasi goreng petai yang so so jer kata en asben.. tapi portion dia memang besarrrr lah
dan for the dessert, satu mangkuk sagu gula melaka untuk kami berdua.. 

lepas tu tapau yang ni untuk dinner pulak... 4 pack beef dan chicken lasagna done seharian tuutp dapo!

Kuih bakar pandan

Kuih bakar pandan

 

KUIH BAKAR

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan jus pandan (kisar 4 helai daun pandan bersama 1 cwn air dan tapiskan)
2 cawan santan
2 sudu besar minyak sapi (cairkan) (kak rose gantikan dengan majerin)
2 biji telur (pukul ringan)
1/2 sudu teh garam
Pewarna hijau
Bijan

 

 Cara-Cara

Campurkan kesemua bahan dan blend sampai sebati.
Griskan acuan dengan mentega atau minyak. Panaskan atas dapur gas hingga minyak berdesir. 
Bila minyak telah panas, tuangkan adunan tadi. Taburkan bijan. 
Biarkan seketika hingga bahagian tepinya masak.
Kemudian masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 180C selama 1 jam atau sampai garing. 

 


ad2

Chord dan Lirik

Explore Indonesia